Melayu (memang) mudah lupa


salam
nak kongsi sket pasal satu post ni..
memang kena la kat kite2 sekarang neh..huhuu

di ambil dari
http://hazaddeen.blogspot.com/




Tidak sampai setahun pun serangan kejam dan zalim rejim Zionist ke atas Gaza, umat Islam (dalam konteks Malaysia) kelihatannya seperti telah lupa akan apakah yang berlaku kepada saudara-saudara kita d tanah suci sana.

Jika dahulu berkobar-kobar mereka, ada yang sampai mengalir air mata melihat penderitaan saudara kita di Palestin, tidak kurang yang penuh semangat turun berdemo dan ada juga yang sanggup mengorbankan wang ringgit untuk membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, semoga Allah memberkati kita dan mereka-mereka.

Kempen boycott yang disarankan ngo-ngo walau disambut dengan agak tawar dan berat hati oleh rakyat Malaysia (eh betul ke ? ke muslim je ?) masih mampu memberikan impak yang besar dimana syarikat-syarikat seperti McDonald mula menurunkan harga makanan mereka (yg mahal gile) hingga separuh dari harga asal (wah! hahahaha) dan mengelurakan iklan bahawa mereka menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Coca Cola pula diwar-warkan tidak akan menyambung lesennya selepas 2010 (xpasti), namun jika benar berita ini, maka satu berita baik untuk kita. Nestle juga menyiarkan iklan secara besar-besaran bahwa mereka bukan hanya melabur di Israel namun tetap mencurahkan modal mereka ke negara-negara Arab, dan Malaysia juga. Masih juga saya ingat Vincent Tan merayu supaya rakyat Malaysia tidak memboycott starbucks.

Inilah impaknya jika umat Islam (spatutnya seluruh manusia yang waras) bersatu untuk satu tujuan dan satu matlamat. Kita sebenarnya kuat, kita sebenarnya hebar, kita sebenarnya mampu, namun syaitan-syaitan yang berselindung itu lebih kuat tarikan mereka.

Sedihnya!
Kecewanya!
Bencinya!
Elergiknya!
xsampai beberapa bulan pn, kita sudah mula tertarik akan pujukan McDonald, kita mula rindukan 12 sudu gula Coca-Cola, kita mula mahu merasa gah dan glamour dengan lepak di Starbucks, kita mula menggiurkan Maggie yang xseberapa sedap itu....Lemah sungguh iman kita!

Pasti! satu sebab sahaja..kerana gagal memahami isu Palestin dengan kadar yang sepatutnya, kita memahami isu Palestin sebagai isu yang bermusim, sebagai isu saudara kita dan KITA, sebagai perjuangan KITA...andailah kita dapat membayangkan setiap titisan Coke itu adalah titisan darah emak ayah kita, kalaulah kita dapat menggambarkan setiap Doubel Cheeseburger itu adalah missile Head yang akan membedil rumah kita, kalaulah kita dapat mengimaginasikan Maggie itu umpama rambut -rambut adik kita yang terbakar akibat bedilah bom fosforus zionst bangsat maka.................

Isu ini bukan isu bermusim, perjuangan ini bukan perjuangan Palestinian semata, penderitaan ini penderitaan kita juga...KITA ADALAH MEREKA MEREKA ADALAH KITA!

(Masih lagi elergik dan benci akan muka-muka (bahagia) yang sedang menikmati makanan-makanan di McD tanpa rasa bersalah sedikit pn)