Melayu (memang) mudah lupa


salam
nak kongsi sket pasal satu post ni..
memang kena la kat kite2 sekarang neh..huhuu

di ambil dari
http://hazaddeen.blogspot.com/




Tidak sampai setahun pun serangan kejam dan zalim rejim Zionist ke atas Gaza, umat Islam (dalam konteks Malaysia) kelihatannya seperti telah lupa akan apakah yang berlaku kepada saudara-saudara kita d tanah suci sana.

Jika dahulu berkobar-kobar mereka, ada yang sampai mengalir air mata melihat penderitaan saudara kita di Palestin, tidak kurang yang penuh semangat turun berdemo dan ada juga yang sanggup mengorbankan wang ringgit untuk membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, semoga Allah memberkati kita dan mereka-mereka.

Kempen boycott yang disarankan ngo-ngo walau disambut dengan agak tawar dan berat hati oleh rakyat Malaysia (eh betul ke ? ke muslim je ?) masih mampu memberikan impak yang besar dimana syarikat-syarikat seperti McDonald mula menurunkan harga makanan mereka (yg mahal gile) hingga separuh dari harga asal (wah! hahahaha) dan mengelurakan iklan bahawa mereka menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Coca Cola pula diwar-warkan tidak akan menyambung lesennya selepas 2010 (xpasti), namun jika benar berita ini, maka satu berita baik untuk kita. Nestle juga menyiarkan iklan secara besar-besaran bahwa mereka bukan hanya melabur di Israel namun tetap mencurahkan modal mereka ke negara-negara Arab, dan Malaysia juga. Masih juga saya ingat Vincent Tan merayu supaya rakyat Malaysia tidak memboycott starbucks.

Inilah impaknya jika umat Islam (spatutnya seluruh manusia yang waras) bersatu untuk satu tujuan dan satu matlamat. Kita sebenarnya kuat, kita sebenarnya hebar, kita sebenarnya mampu, namun syaitan-syaitan yang berselindung itu lebih kuat tarikan mereka.

Sedihnya!
Kecewanya!
Bencinya!
Elergiknya!
xsampai beberapa bulan pn, kita sudah mula tertarik akan pujukan McDonald, kita mula rindukan 12 sudu gula Coca-Cola, kita mula mahu merasa gah dan glamour dengan lepak di Starbucks, kita mula menggiurkan Maggie yang xseberapa sedap itu....Lemah sungguh iman kita!

Pasti! satu sebab sahaja..kerana gagal memahami isu Palestin dengan kadar yang sepatutnya, kita memahami isu Palestin sebagai isu yang bermusim, sebagai isu saudara kita dan KITA, sebagai perjuangan KITA...andailah kita dapat membayangkan setiap titisan Coke itu adalah titisan darah emak ayah kita, kalaulah kita dapat menggambarkan setiap Doubel Cheeseburger itu adalah missile Head yang akan membedil rumah kita, kalaulah kita dapat mengimaginasikan Maggie itu umpama rambut -rambut adik kita yang terbakar akibat bedilah bom fosforus zionst bangsat maka.................

Isu ini bukan isu bermusim, perjuangan ini bukan perjuangan Palestinian semata, penderitaan ini penderitaan kita juga...KITA ADALAH MEREKA MEREKA ADALAH KITA!

(Masih lagi elergik dan benci akan muka-muka (bahagia) yang sedang menikmati makanan-makanan di McD tanpa rasa bersalah sedikit pn)

alQuran dan kita


di suatu malam..ba'da makan seafood..=p..menelefon adikku

---------------------------------------------------------------------------------------------

Koyidebab: kak,da bace kat iluvislam yg pasal alQuran tuh?

ak:yg mane?

Koyidebab:ala,die de cite pasal dlu time kecik2 kite selalu jga Quran

ak:ade ek?hehhe lgi die cite pe?
(nampak sgt lame x bukak..=p)

koyidebab:ade la..pastu skrang neh bile da besar Quran pun ditinggalkan, padahal nanti Quran yang akan tolong kite kat sana nt kan..pastu kebanyakan org banyak dengar muzik dari dengar n baca Quran

ak:ooo..lgi?

koyidebab:ha...lagi Quran banyak di simpan kat almari jek,jadi perhiasan
sepatutnye dibace kan

ak:a'a..ok2 hurm pe yg kmu ble amek pengajaran dari cite tuh?

koyidebab:pngjaran?hehheh macam kite kena pegang Quran tuh,jgn tinggalkan,n selalu membacanya..toi x kak?

ak:btol2..tu la,kebanyakan org sekarang neh susah nak bace Quran pe lagi kalo nak bukakan..akak dlu pon cmtu,sesekali jek bace n yg paling selalu buat adalah bace Yassin malam jumaat..tpi sekarang alhamdulillah..da blaja macam2,da taw la kepentingan alQuran tuh..bkan hanya mmbaca surah Yassin jek..

n sebab tu akak bg kamu tafsir tuh,selalu2 la bace taw..

koyidebab:btol2..ye2..insyaAllah

---------------------------------------------------------------------------------------------

itu la di antara isi2 perbualan ak ngan adikku
alhamdulillah,adik ak yg sorg neh..da de sdkit sebanyak ilmu pasal Quran neh
walo pun kmu bru form 2..
keep up da good work koyi!!hehheh
(jgn kembang semangkuk lak)

hurm actly,adik ak neh sgt berminat nak membaca Quran, tpi ak ni lak cukup malas nak mengajar die..huhuhu
sorry la dik,dpt akak yg cmni..(best kan??) hahha
coz ak ni 'garang' sket kalo nak mengajar die..
penah ajar sekali jek..
then die ckap," akak ni jgnla garang sgt,tkot lak nak blaja"
hahhaha

tpi skunk ni naseb baek cik koyidebab neh da g blaja ngan someone
she already know how to read Quran after finish with Muqaddam
alhamdulillah
nt i follow up ngan u eyh...hehhe

jom same2 bce tfsir Quran..
sekurang2 nya kite taw apa isi Quran
n pe actly Allah nak smpikan kat kite,even kite hanya bace tfsirnya n bukan terjemahan..
yg bagusnye bce terjemahan skali la kan..

best lagi kalo taw bhasa Arab..terasa sungguh tiap bait ayat2 tuh..
zaman nabi dan sahabat2 dlu,bace je Quran sket da menangis
coz paham n terlalu takot dengan ayat2Nya
adakah kite sperti mereka??
renungan tuk diri sndrik n kawan2 sume..

"Sungguh,pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal.(AlQuran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat,tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya,menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman"

12:111

nak bace dgn lebih lanjut,ape yg koyidebab bace..bukak la link neh..

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1495


selamat ulang tahun ke-21 kpd Norasikin Alias



selamat hari lahir yang ke-21 ekin!
wawawawawaw
macam x percaya je
21 already?
pe yg ak da buat selama 21 tahun ni..
x de ape2 pon..
merenung diri =(





terima kasih mak sebab lahirkan ekin
terima kasih sebab sanggup bergadai nyawa untuk lahirkan ekin
actly x cukup hanya dengan kata2 shja
dan x terbalas dengan ungkapan terima kasih ni
x taw mcm mame nak balas..

walopun ada segelintir org hanya pandang sepele bab2 camni..
tapi bg ak,tidak sama sekali!
she's everything for me! really appreciate what she had had done 4 me..
thank you very2 much mum!
and i missed her like crazy! =(
besanya ak akan sambut ngan mak kalo kat umah
dapat ciuman dari mak
Ya Allah..rindunye kat mak..=( =( =(





me+koyi+mak

smoge ulang tahun ak taun ini menjadi titik tolak kepada satu
perubahan atau anjakan bru dari diri sendiri
insyaAllah
akan ku teruskan perjuangan membawa risalah yg Maha Satu ini
Ya Rabb thabatkan hati ak di jalan ini ya Allah..
jgn pernah tinggalkan ak walo sesaat
ak x mampu lalui jalan ini tanpa mendapat kekuatan daripadaMu Ya Allah..

n tma kaseh kepada kawan2 yg banyak tolong dri ini
dib,kakZ,Tweet,Fin, n rame lgi
(rame benor nak sebut hehe)
dari macam2 hal n dari mule2 kenal smpi skrang..
thax a lot ye!
ukhwah ni sgt indah kerana Allah
n sorry kalo ak banyak wat hal yg korg x gemar
tlg nasihat2 kan ak k..
syg korg!!!


ukhwah fillah abada abadan

GoOd MoOd 4 a wEek!


Bismillahirahmanirrahim..

x sabar nak blajar lagi pasal ilmu rahib..
seminggu wit 'halaqah ekspres!
pd kawan2 yg balik,jgn risau..nnt kan 'top up' dari usrati2 anda yep..
bersemangat!!
(",)




eXam~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


"Katakanlah,"Pertolongan itu hanya milik Allah semuanya.Dia memiliki kerajaan langit dan bumi.Kemudian kepadaNya kamu dikembalikan,"

az-Zumar:44

"Allah melapangkan rezeki bagi orang-orang yang Dia Kehendaki di antara hamba-hambaNya dan Dia (pula) yang membatasi baginya.Sungguh,Allah Maha Mengetahui segala sesuatu

al-'Ankabut:62

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Maka apabila engkau telah selesai(dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain),dan hanya kepada Tuhanmu lah engkau berharap

Al-Insyirah:5-8


Gudluck2 4 exm ek teman2 sume!Doa bebanyak n bertawakal kepadaNya..
Ganbbatte2!!!

Moche Dayan


Bismillahirrahmanirrahim..

adakah kite ni Islam/islam??
satu persoalan yang mungkin kite x pernah terfikir..cam sama je 2 2 ni..
of course kte ni Islam kan..pe bezanye antara 2 ni??

Islam = Islam pada kata nama
islam = islam kata kerja
so adakah kite ni Islam pada nama @ kerja??

if kite ni islam pada kata kerja,alhamdulillah.
itu la yg sepatutnye,
beramal+beriman pada sifatnya( Islam) yg sebenarnye bukan sekadar nama shja

n ak teringat kata2 seseorg ni
'Moche Dayan'

Dia ni seorg menteri pertahanan Israel 1973 semasa perang Israel-mesir & engineer yahudi yg nak bina negara dtempat org laen iaitu Israel skarang..

Dia kate kelemahan org Islam kini adalah :

-x buat perancangan teliti
-x mengkaji sejarah umat Islam dulu
-malas

die pulak yg mengkaji pasal org2 Islam ni,kite?? n sedar x kite pasal sejarah2 umat Islam dlu??

Pernah x rase nak review balik n amik pengajaran dari situ?Ak pun masih blaja lgi pasal sejarah2 Islam ni,banyak lgi rupenye yg ak x taw lagi..huhu..sdey2!

Padahal Islam time dlu berjaya kuasai 2/3 dunia,dimana2 shja Islam tersebar..ble bace dgn lebih lanjut di sini..bacelah dgn hati,bukannye akal..

http://dakwah.info/main/index.php/ini-sejarah-kita/92-multimedia/391-isk-versi-english

Dari situ kite ley tgk betapa gigihnye perjuangan Rasulullah,Khulafa’ Ar-Rasyidin,dan seterusnya disambung oleh khalifah2 lain.Dari zaman jahiliah sampai Islam tersebar...Macam2 yg Rasulullah dlu kena hadapi,kena baling dgn tahi,dipulaukan dan byk lgi..tapi Rasulullah tetap berjuang terus menyebarkan Islam hingga kewafatan baginda....Skarang ni x rase ke,kite kembali kepada zaman jahiliah semula?? n adakah kite bersedia tuk menyambung tugas2 para Rasul ni?? Ye atau tidak,memang itulah tujuan kite diciptakan di muka bumi ini..bukan saja2..

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

al-Mu’minun:115

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”

adz-Dzariyat:56

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu Berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak menjadikan khalifah di bumi,”Mereka berkata,”Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana,seadngkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?”Dia berfirman,”Sungguh,Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

al-Baqarah:30

DeNgarkanLah...

Tiada Kata Terucap

Sungguh indahnya akhlakmu

Begitu mempersona

Cintamu kasihmu

Untuk seluruh umatmu


Tiada kata yg terucap

Satu dlm hatiku

Untuk selalu ikuti

Langkah perjuanganmu


Tiada pernah lelah

Memikirkan umat

Engkarkah atau dalam ibadah


Dapatkah ku teladani

Luhur budi pekerti

Tegarnya hatimu

Menegakkan islammu


Tiada kata yg terucap

Satu dalam doaku

Dambaku selawat

Selalu atas dirimu


Tiada pernah lelah

Memikirkan umat

Engkarkah atau dlm ibadah


Tuhanku mohon pdMu

Curahan rahmatMu

Dalam setiap masa usia


Tuhan indahkan akhlakku

Seperti indahnya akhlak

kekasihMu yg mulia




TKT (Tiada Kata Terucap) - Tashiru